Di kesempatan ini saya nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih meriah dan gembira.
Aidilfitri bukan sahaja masa yg sesuai untuk kita berkunjung mengunjungi tetapi juga merupakan masa yg sesuai untuk bermaaf-maafan. Jika ada perselisihan faham mungkin ini adalah masa yg paling sesuai untuk semua melupakan segala sengketa dan memulakan perhubungan yg baru.Mungkin ada kesilapan yg sukar untuk kita lupakan tetapi sepatutnya diatas dasar sesama saudara Islam mungkin elok jika kita bermaaf-maafan.Sedangkan nabi juga amputkan umatnya apatah lagi kita insan biasa.
Bagi Aidilfitri tahun ini tetap meriah walaupon gaji masuk selepas raya (nasib baik adik pon dah berkerja..hehe).Sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat sekampung semuanya datang melawat..Bayangkan pada hari raya kedua 10 bungkus laksa, 15 bungkus mee dan 7 dulang nasi impit habis licin dijamu kepada tetamu..Mungkin agak penat tetapi semuanya terbayar dengan gelak ketawa dan usik gurauan semua yg hadir..Erm best betul.
Apa-apa pon..sekali lagi Selamat Hari Raya Ailfitri kepada semua dan jika ada masa jemputlah datang kerumah jika ada measa dan kepalapangan..Raya kita kan sebulan.hehe.
Sampai berjumpa lagi!!
0 comments:
Post a Comment