Peristiwa Bukit Kepong



Tatkala pemikiran bertuankan kepentingan peribadi, setiap manusia sanggup memutar sejarah seolah-olah ianya mainan jenaka.

Begitulah yg terjadi apabila seseorang yg berkepentingan sanggup memutarkan sejarah negara sendiri dek hanya kerana mahu pengikutnya terpengaruh dengan sejarah rekaannya sendiri.Tetapi yg lebin memalukan pengikut-pengikut pula seperti turut bergembira memperselokan sejarah negara sendiri sedangkan mereka bukan calang-calang orangnya, semuanya terdiri daripada mereka yg bijak pandai.

Mengenai peristiwa Bukit Kepong, ia adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Dan wajarkah seseorang yang tidak mengangkat senjata pada ketika itu sewenang-wenangnya mengatakan bukan mereka yg terkorban itu adalah wira sebaliknya pengganas-pengganas komunis itu pula dianggap wira. Apakah dia tidak hiraukan perasaan ahli-ahli keluarga mereka yg terkorban didalam kejadian tersebut? Jika yg terkorban itu adalah ahli keluarganya sendiri, apa perasaannya?

Dan kenyataan ini ternyata mengarut,

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Ingatlah saudara, walau apa pun latar belakang fahaman politik kita, itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Tetapi jangan sesekali kita mempersendakan hal-hal yg berkaitan negara kita sendiri. Cuma negara ini lah sahaja yang kita ada untuk kita wariskan kepada anak cucu kita.Inilah tanah air kita.Bawa-bawalah berfikir.

0 comments:

Post a Comment