Wayang 2 : Kongsi




Filem : Kongsi

Tarikh tayangan : 12 May 2011


Ulasan: Erm..apa yang pasti..akan ramai yang kecewa dengan filem ini.Sudah pasti ramai diantara

kita yg meletakkan harapan yg tinggi untuk filem ini. Melihat kepada trailer filem ini, pasti

ramai yg teruja untuk menonton filem ini dipawagam.Tetapi secara keseluruhannya filem

ini amat-amat mengecewakan. Memang tidak dinafikan filem ini pasti akan dapat mengaut

kutipan tiket yg membanggakan cuma pasti ramai diantara penonton yang akan berasa

tertipu.

Jalan cerita filem ini amat longgar dari satu plot ke satu plot yang lain.Walaupun filem ini

bertemakan genre aksi komedi tetapi cuma ada beberapa babak sahaja yg benar-benar

mampu membuatkan penonton ketawa.Selebihnya adalah cuma akasi-aksi bosan yang

boleh membuatkan penonton menggaru kepala.

Walaubagaimanapun, filem ini masih dapt diselamatkan oleh lakonan mantap oleh

beberapa teraju utama filem ini.Lakonan Shaheizy Sam sebagai Tumulak amat berkesan.

Ternyata Sam benar-benar seorang pelakon yang berkaliber dan tidak dinafikan juga

antara faktor utama yg menggalakkan penonton ke pawagam adalah kerana Sam.

Seorang pelakon yang melakonkan watak dengan berkesan adalah Ezad.Wataknya sebagai

Mikail begitu menjadi. Bagi watak-watak lain, lakonan mereka cuma ditahap sederhana

sahaja.

Secara keseluruhannya, filem ini agak mengecewakan dari jalan ceritanya. Sungguh rugi

buat sang pengarah kerana dari trailer nya filem ini sudahpun mampu membuatkan

ramai penonton untuk ke pawagam.Bagaimanapun selepas menonton filem ini, pasti

ramai yg akan berasa kecewa. Dan sudah pasti jika ada sequelnya yg kedua, pasti jumlah

penontonnya tidak akan seramai filem yg pertama ini.

Bagi rakan-rakan saya yang lain yang telah menonton filem ini, mereka juga bersependapat

dengan saya.


Tapi ini cuma pendapat saya sahaja.Anda-anda semua yg diluar sana saya tidak tahu akan

pendapat anda.Mungkin ada bersetuju dengan saya atau mungkin ada tidak bersetuju

dengan saya.


Rating : 3/5

0 comments:

Post a Comment