Wayang 2 : Kongsi




Filem : Kongsi

Tarikh tayangan : 12 May 2011


Ulasan: Erm..apa yang pasti..akan ramai yang kecewa dengan filem ini.Sudah pasti ramai diantara

kita yg meletakkan harapan yg tinggi untuk filem ini. Melihat kepada trailer filem ini, pasti

ramai yg teruja untuk menonton filem ini dipawagam.Tetapi secara keseluruhannya filem

ini amat-amat mengecewakan. Memang tidak dinafikan filem ini pasti akan dapat mengaut

kutipan tiket yg membanggakan cuma pasti ramai diantara penonton yang akan berasa

tertipu.

Jalan cerita filem ini amat longgar dari satu plot ke satu plot yang lain.Walaupun filem ini

bertemakan genre aksi komedi tetapi cuma ada beberapa babak sahaja yg benar-benar

mampu membuatkan penonton ketawa.Selebihnya adalah cuma akasi-aksi bosan yang

boleh membuatkan penonton menggaru kepala.

Walaubagaimanapun, filem ini masih dapt diselamatkan oleh lakonan mantap oleh

beberapa teraju utama filem ini.Lakonan Shaheizy Sam sebagai Tumulak amat berkesan.

Ternyata Sam benar-benar seorang pelakon yang berkaliber dan tidak dinafikan juga

antara faktor utama yg menggalakkan penonton ke pawagam adalah kerana Sam.

Seorang pelakon yang melakonkan watak dengan berkesan adalah Ezad.Wataknya sebagai

Mikail begitu menjadi. Bagi watak-watak lain, lakonan mereka cuma ditahap sederhana

sahaja.

Secara keseluruhannya, filem ini agak mengecewakan dari jalan ceritanya. Sungguh rugi

buat sang pengarah kerana dari trailer nya filem ini sudahpun mampu membuatkan

ramai penonton untuk ke pawagam.Bagaimanapun selepas menonton filem ini, pasti

ramai yg akan berasa kecewa. Dan sudah pasti jika ada sequelnya yg kedua, pasti jumlah

penontonnya tidak akan seramai filem yg pertama ini.

Bagi rakan-rakan saya yang lain yang telah menonton filem ini, mereka juga bersependapat

dengan saya.


Tapi ini cuma pendapat saya sahaja.Anda-anda semua yg diluar sana saya tidak tahu akan

pendapat anda.Mungkin ada bersetuju dengan saya atau mungkin ada tidak bersetuju

dengan saya.


Rating : 3/5

Wayang 1 : Momok Jangan Panggil Aku



Filem : Momok Jangan Panggil Aku

Pelakon : M.Jamil,Cassandra Patrick,Ariff S.Shamsudin,Zarina Zainudin


Sinopsis : Filem ini menggunakan konsep cerita didalam cerita. Filem ini bermula dengan 3 sahabat

yang ingin ke satu majlis dirumah sahabat mereka di Pahang.

Dari Kuala Lumpur mereka menggunakan Lebuhraya Karak dan disinilah semuanya

bermula.Lebuhraya Karak yang terkenal dengan pelbagai cerita hantu seperti

Volkswagon kuning, kanak-kanak yang ditinggalkan dan berbagai lagi.Setelah

mengalami beberapa perkara pelik disepanjang perjalanan, mereka bertukar-tukar

pula cerita dan pengalaman masing-masing berhubung hantu.


Komen : Kebanyakan gaya lakonan pelakon-pelakon didalam filem ini sangat kaku. Walaupun

jalan cerita agak menarik tetapi gaya lakonan yang kaku ini membuatkan filem ini sangat

lemah dan sangat bosan!!

Oleh kerana aku menonton filem ini seorang diri..maka tak dapatlah nk tanya pendapat org lain.

Dilain edisi, aku akan selitkan juga komen mereka yg menemani aku.


Peratus : 3/10

Inikah Kegembiraan??


Kali ini kita bercakap secara ilmiah sedikit.

Dunia digemparkan dengan berita kematian Osama Bin Laden.

Ramai yang bergembira..katanya pengganas dunia telah tiada lagi.

Setelah berlakunya peristiwa 11 September.

Osama diangkat sebagai pengganas no 1 dunia.

Amerika Syarikat dengan bangganya bergembira dengan kematian Osama Bin Laden.

Hinggakan Presiden Obama (nama pn hampir sama..huhu) hampir pasti mengekalkan kerusi presidennya dek kerana kematian Obama ini.

Presiden Obama dikatakan wira sejati Amerika..


Sambil menggaru kepala..Aku terfikir..adakah benar dia seorang wira?

Bagi Amerika..mungkin..tp bg kita rakyat Islam??

Erm..sudah berapa ramai rakyat Islam menjadi mangsa kerakusan tentera Amerika??

Yang armadanya diketuai oleh barisan-barisan presidennya..

Yang terbaru..Libya menjadi mangsa..Hanya kerana mahu menyerang presidennya..

Ahli keluarga dan rakyat jelata menjadi mangsa..

Apakah ini seorang wira??

Sedangkan mereka juga sama malah pengganas yang lebih teruk lagi..

Sudah banyak rentetan-rentetan peristiwa yang menghancurkan negara-negara Islam..

Semua dek kerana Amerika yang mahu menjadi wira..

Hancur negara..hancur ketamadunan..hancur pemodenan..

Dek kerana mereka..Inikah wira yang mereka agung-agungkan?

Mereka bergembira tatkala Osama dibunuh..

Tetapi mereka lupa..penjenayah dunia yang utama..

Masih tersenyum ketawa diluar sana..