Hari Raya Datang Lagi!!!



Assalamualaikum Semua...

Salam Perkenalan..

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini, kini tiba pula Syawal yang mulia.Sempena Syawal ini, saya coretkan post yang pertama untuk blog saya.Kadang-kadang tak percaya lak..Aku dah blajar tulis blog..Hahaha..

Bila bercakap mengenai Syawal. Pasti ramai yang gembira.Anak-anak diperantauan semua pulang ke kampung. Lagu-lagu raya pula silih berganti di corong-corong radio.Ahh..syoknya raya..
Tapi sebagai insan, kita tidak seharusnya melupakan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Diluar sana masih ramai lagi insan yang mungkin nasib mereka tyidak sebaik kita.Tiada baju baru..tiada kuih-muih raya yang lazat, tiada perhiasan rumah baru dan bayak lagi benda-benda baru yang mereka tiada.Jadi, sebagai insan..seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian dari ILLAHI.

Kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, jika ada tersalah atau terkasar bahasa..dengan rendah diri saya ingin memohon kemaafan dari semua.Mungkin secara tidak sedar..saya ada menyakitkan hati dan perasaan sesiapa..Justeru itu, saya ingin memohon maaf seikhlasnya.

Selamat Hari Raya Semua.


Jumpa Lagi.


Ikhlas.


Kaerrow.

0 comments:

Post a Comment