Sekolahku Faymes Hari Ini..


Lepas balik keja td, buka komputer kejap.Sambil baca-baca akhbar online tuh..terbuka satu page yang ada gambar sekolah lama.Walaupun tajuknya tak berapa nk best "Guru Saman Pengetua" tp teringat lah jugak nostalgia lama dekat sekolah.Hehe.


Ini sekolah saya sewaktu ditingkatan 3 dan 4.Sekolah Menengah Seri Mahkota Kuantan Pahang.Sekolah ini berhadapan dengan Kem Batu 10 Kuantan, Pahang.Masih teringat lg kenangan diwaktu sekolah dulu.Hai rindu pulak pada kawan-kawan.Kebanyakan student sekolah ini adalah anak-anak tentera.


Diam tak diam, dah hampir 8 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.Dah tua..memang dah tua..cuma perangai ja yg masih kebudak-budakan..huhu..Mulai hari ini, aku nekad untuk berubah..berubah kepada perngai yang sebaya dengan usia ku.huhu..


Kedah FC


Setelah mengalami kekalahan dua kali berturut-turut didalam usaha Kedah untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali ketiga..Kedah nampaknya masih bernyawa setelah memperolehi kemenangan pertama dengan menewaskan ATM malam semalam.


Kemenangan ini sebenarnya sangat diperlukan oleh pasukan setelah diambang penyingkiran dari saingan Piala Malaysia.


Tp adakah belum terlambat bagi Kedah? Ayuh semua rakyat Kedah..teruskan misi kita untuk mengekalkan piala Malaysia buat kali ke-tiga berturut-turut.Sokongan kita sepanjang zaman.

Hari Raya Datang Lagi!!!



Assalamualaikum Semua...

Salam Perkenalan..

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini, kini tiba pula Syawal yang mulia.Sempena Syawal ini, saya coretkan post yang pertama untuk blog saya.Kadang-kadang tak percaya lak..Aku dah blajar tulis blog..Hahaha..

Bila bercakap mengenai Syawal. Pasti ramai yang gembira.Anak-anak diperantauan semua pulang ke kampung. Lagu-lagu raya pula silih berganti di corong-corong radio.Ahh..syoknya raya..
Tapi sebagai insan, kita tidak seharusnya melupakan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Diluar sana masih ramai lagi insan yang mungkin nasib mereka tyidak sebaik kita.Tiada baju baru..tiada kuih-muih raya yang lazat, tiada perhiasan rumah baru dan bayak lagi benda-benda baru yang mereka tiada.Jadi, sebagai insan..seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian dari ILLAHI.

Kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, jika ada tersalah atau terkasar bahasa..dengan rendah diri saya ingin memohon kemaafan dari semua.Mungkin secara tidak sedar..saya ada menyakitkan hati dan perasaan sesiapa..Justeru itu, saya ingin memohon maaf seikhlasnya.

Selamat Hari Raya Semua.


Jumpa Lagi.


Ikhlas.


Kaerrow.