Tribute To Hazzar Johari


Lama betul tak menulis..Bukan tadak idea..Tapi macam malas nak menaip.
Kali nih aku nk tulis sikit pasal housemate aku yg sorang nih.
Bila tengok pada tajuk entry ni..bukannya maksud housemate aku nih dah meninggal..
Dia cuma akan “meninggalkan” rumah kami dalam erti kata lain berpindah..haha..
So..Aku nk tulis siket la pasal dia..
Hazzar..Dia nih budak Johor..Dulu belajar dekat UMS dan sekarang kerja dekat Intel Kulim.
Dalam kiraan aku rasanya dah 2 tahun lebih dia tinggal dgn aku..
Pendiam dan suka buat kerja sendiri..Sebab tu dulu masa awal2 kami tak sekepala dgn dia..
Nampak cam tak bergaul dengan orang ja..Tapi tuh dulu lah..Sekarang dia dah ok..Jgn marah Hazzar..Hehe..
Dia ni gila bola..Kalau buka tv ja..Mesti terus ke Channel Bola..Mmg hidup dgn bola.
Dan dia peminat fanatic Manchester United. Seronok kalau sakat dia pasal Manchester United nih.
Kenangan paling best pasal bola nih dgn dia..Sudah tentu semasa sukan SEA baru2 ini.
Kami berdua ja tgk bola tu dekat rumah waktu tu..Bila Malaysia menang..Bersorak sakan kami..tp memang best..haha..
Biasalah kan..setiap manusia ada kebaikan dan keburukannya..Aku tak mau cerita keburukan dia..Sebab kecik ja hal..Aku nk cerita pasal kebaikan ja..
Ada beberapa perkara yg aku respect giler dekat mamat nih.
Satu nya ialah dia nih kadang2 tu agak berkira lah siket..hehe..Ada buat aku hangat siket lah dekat situ..Tp yg aku respectnya..Dia nih org yg boleh dibuat bincang..Kalau ada isu..Dia akan pergi dekat aku..dan bincang..Dia akan beritahu aku dari A sampai Z sbb apa dia boleh atau tak boleh buat sesuatu..Jadi hati aku akan jadi sejuk balik sebab  sekurang2 nya dia ada jugak pergi dekat aku dan cakap baik2..So aku pn boleh faham keadaan dia..sbb aku nih pon bukan lah orang yg berkira sgt..kalau org boleh bercakap baik2 dgn aku..InsyaALLAH aku akan faham punya..
Keduanya yg aku respect pasal dia nih..Sebab dia nih housemate yg prihatin..Dulu masa aku masuk hospital..Dialah housemate aku yg mula2 tanya sebab apa aku masuk hospital?sakit apa?hospital mana aku masuk? Dan dia jugak lah yg volunteer nak hantar pakaian aku dekat hospital.Dan sudah pastinya dia sorang sajalah yg melawat aku dekat hospital..Ermm(Aku akan ingat sampai bila2).
Satu lagi yang aku suka ialah dia nih pembersih..Tgk tandas kami sudahlah..Bersih..Kami gilir2 cuci..Kadang2 nk guna tandas pun sayang sbb bersih sgt..haha..
Dia jugak seorang yg amat menjagat solat..Dia lah org nya yang mengejut aku bangun sembahyang subuh pagi2 walaupon kadang aku tidur semula..haha..
Dia keluar rumah ni pon sebab dia dah kawen..Dia pernah cakap dekat aku..Kalau tak kerana dia dah kawen..dia tak akan keluar rumah tu..

Hazzar..Kita mungkin tak lah rapat sangat..tp kita dah jadi kwn baik..Terima kasih sebab tinggal dgn aku selama lebih kurang 3 tahun nih..Minta halal makan minum..Maaf kalau ada tekasar atau tersalah bahasa..Aku doakan hg berjaya dunia dan akhirat. Semoga cepat2 dikurniakan anak..Dan berbahagia keanak cucu..

Peristiwa Bukit Kepong



Tatkala pemikiran bertuankan kepentingan peribadi, setiap manusia sanggup memutar sejarah seolah-olah ianya mainan jenaka.

Begitulah yg terjadi apabila seseorang yg berkepentingan sanggup memutarkan sejarah negara sendiri dek hanya kerana mahu pengikutnya terpengaruh dengan sejarah rekaannya sendiri.Tetapi yg lebin memalukan pengikut-pengikut pula seperti turut bergembira memperselokan sejarah negara sendiri sedangkan mereka bukan calang-calang orangnya, semuanya terdiri daripada mereka yg bijak pandai.

Mengenai peristiwa Bukit Kepong, ia adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Dan wajarkah seseorang yang tidak mengangkat senjata pada ketika itu sewenang-wenangnya mengatakan bukan mereka yg terkorban itu adalah wira sebaliknya pengganas-pengganas komunis itu pula dianggap wira. Apakah dia tidak hiraukan perasaan ahli-ahli keluarga mereka yg terkorban didalam kejadian tersebut? Jika yg terkorban itu adalah ahli keluarganya sendiri, apa perasaannya?

Dan kenyataan ini ternyata mengarut,

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Ingatlah saudara, walau apa pun latar belakang fahaman politik kita, itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Tetapi jangan sesekali kita mempersendakan hal-hal yg berkaitan negara kita sendiri. Cuma negara ini lah sahaja yang kita ada untuk kita wariskan kepada anak cucu kita.Inilah tanah air kita.Bawa-bawalah berfikir.

Selamat Hari Raya




Di kesempatan ini saya nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih meriah dan gembira.

Aidilfitri bukan sahaja masa yg sesuai untuk kita berkunjung mengunjungi tetapi juga merupakan masa yg sesuai untuk bermaaf-maafan. Jika ada perselisihan faham mungkin ini adalah masa yg paling sesuai untuk semua melupakan segala sengketa dan memulakan perhubungan yg baru.Mungkin ada kesilapan yg sukar untuk kita lupakan tetapi sepatutnya diatas dasar sesama saudara Islam mungkin elok jika kita bermaaf-maafan.Sedangkan nabi juga amputkan umatnya apatah lagi kita insan biasa.

Bagi Aidilfitri tahun ini tetap meriah walaupon gaji masuk selepas raya (nasib baik adik pon dah berkerja..hehe).Sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat sekampung semuanya datang melawat..Bayangkan pada hari raya kedua 10 bungkus laksa, 15 bungkus mee dan 7 dulang nasi impit habis licin dijamu kepada tetamu..Mungkin agak penat tetapi semuanya terbayar dengan gelak ketawa dan usik gurauan semua yg hadir..Erm best betul.

Apa-apa pon..sekali lagi Selamat Hari Raya Ailfitri kepada semua dan jika ada masa jemputlah datang kerumah jika ada measa dan kepalapangan..Raya kita kan sebulan.hehe.

Sampai berjumpa lagi!!


















Wayang 2 : Kongsi




Filem : Kongsi

Tarikh tayangan : 12 May 2011


Ulasan: Erm..apa yang pasti..akan ramai yang kecewa dengan filem ini.Sudah pasti ramai diantara

kita yg meletakkan harapan yg tinggi untuk filem ini. Melihat kepada trailer filem ini, pasti

ramai yg teruja untuk menonton filem ini dipawagam.Tetapi secara keseluruhannya filem

ini amat-amat mengecewakan. Memang tidak dinafikan filem ini pasti akan dapat mengaut

kutipan tiket yg membanggakan cuma pasti ramai diantara penonton yang akan berasa

tertipu.

Jalan cerita filem ini amat longgar dari satu plot ke satu plot yang lain.Walaupun filem ini

bertemakan genre aksi komedi tetapi cuma ada beberapa babak sahaja yg benar-benar

mampu membuatkan penonton ketawa.Selebihnya adalah cuma akasi-aksi bosan yang

boleh membuatkan penonton menggaru kepala.

Walaubagaimanapun, filem ini masih dapt diselamatkan oleh lakonan mantap oleh

beberapa teraju utama filem ini.Lakonan Shaheizy Sam sebagai Tumulak amat berkesan.

Ternyata Sam benar-benar seorang pelakon yang berkaliber dan tidak dinafikan juga

antara faktor utama yg menggalakkan penonton ke pawagam adalah kerana Sam.

Seorang pelakon yang melakonkan watak dengan berkesan adalah Ezad.Wataknya sebagai

Mikail begitu menjadi. Bagi watak-watak lain, lakonan mereka cuma ditahap sederhana

sahaja.

Secara keseluruhannya, filem ini agak mengecewakan dari jalan ceritanya. Sungguh rugi

buat sang pengarah kerana dari trailer nya filem ini sudahpun mampu membuatkan

ramai penonton untuk ke pawagam.Bagaimanapun selepas menonton filem ini, pasti

ramai yg akan berasa kecewa. Dan sudah pasti jika ada sequelnya yg kedua, pasti jumlah

penontonnya tidak akan seramai filem yg pertama ini.

Bagi rakan-rakan saya yang lain yang telah menonton filem ini, mereka juga bersependapat

dengan saya.


Tapi ini cuma pendapat saya sahaja.Anda-anda semua yg diluar sana saya tidak tahu akan

pendapat anda.Mungkin ada bersetuju dengan saya atau mungkin ada tidak bersetuju

dengan saya.


Rating : 3/5

Wayang 1 : Momok Jangan Panggil Aku



Filem : Momok Jangan Panggil Aku

Pelakon : M.Jamil,Cassandra Patrick,Ariff S.Shamsudin,Zarina Zainudin


Sinopsis : Filem ini menggunakan konsep cerita didalam cerita. Filem ini bermula dengan 3 sahabat

yang ingin ke satu majlis dirumah sahabat mereka di Pahang.

Dari Kuala Lumpur mereka menggunakan Lebuhraya Karak dan disinilah semuanya

bermula.Lebuhraya Karak yang terkenal dengan pelbagai cerita hantu seperti

Volkswagon kuning, kanak-kanak yang ditinggalkan dan berbagai lagi.Setelah

mengalami beberapa perkara pelik disepanjang perjalanan, mereka bertukar-tukar

pula cerita dan pengalaman masing-masing berhubung hantu.


Komen : Kebanyakan gaya lakonan pelakon-pelakon didalam filem ini sangat kaku. Walaupun

jalan cerita agak menarik tetapi gaya lakonan yang kaku ini membuatkan filem ini sangat

lemah dan sangat bosan!!

Oleh kerana aku menonton filem ini seorang diri..maka tak dapatlah nk tanya pendapat org lain.

Dilain edisi, aku akan selitkan juga komen mereka yg menemani aku.


Peratus : 3/10

Inikah Kegembiraan??


Kali ini kita bercakap secara ilmiah sedikit.

Dunia digemparkan dengan berita kematian Osama Bin Laden.

Ramai yang bergembira..katanya pengganas dunia telah tiada lagi.

Setelah berlakunya peristiwa 11 September.

Osama diangkat sebagai pengganas no 1 dunia.

Amerika Syarikat dengan bangganya bergembira dengan kematian Osama Bin Laden.

Hinggakan Presiden Obama (nama pn hampir sama..huhu) hampir pasti mengekalkan kerusi presidennya dek kerana kematian Obama ini.

Presiden Obama dikatakan wira sejati Amerika..


Sambil menggaru kepala..Aku terfikir..adakah benar dia seorang wira?

Bagi Amerika..mungkin..tp bg kita rakyat Islam??

Erm..sudah berapa ramai rakyat Islam menjadi mangsa kerakusan tentera Amerika??

Yang armadanya diketuai oleh barisan-barisan presidennya..

Yang terbaru..Libya menjadi mangsa..Hanya kerana mahu menyerang presidennya..

Ahli keluarga dan rakyat jelata menjadi mangsa..

Apakah ini seorang wira??

Sedangkan mereka juga sama malah pengganas yang lebih teruk lagi..

Sudah banyak rentetan-rentetan peristiwa yang menghancurkan negara-negara Islam..

Semua dek kerana Amerika yang mahu menjadi wira..

Hancur negara..hancur ketamadunan..hancur pemodenan..

Dek kerana mereka..Inikah wira yang mereka agung-agungkan?

Mereka bergembira tatkala Osama dibunuh..

Tetapi mereka lupa..penjenayah dunia yang utama..

Masih tersenyum ketawa diluar sana..

21 Mac..Tarikh keramat..26 tahun angka meyeramkan.





Erm..sekali lagi 21 Mac tiba dalam kalendar tahunan.

Arghh.meningkat lagi setahun umur ini.

Semakin tua..dan semakin tua.

Tp entah kenapa..aku rasa sangat gembira.menyambut birthday pd tahun ini.

Byk kwn2 yg wish..belanja mkn..bg kad..Alhamdulillah

..

Rupa2 nya aku masih punya byk kwn yg menyokong dan igt pd diri ini.

Kepada semua kwn2..tak tergambar betapa gembira nya hati ini.

Sekadar satu perkara yg boleh dilafaz..

Terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih.

Dan Terima kasih lagi.

I love you all so much!!

Byk yg wish supaya benda-benda yang baik berlaku pada diri aku.

Supaya panjang umur..supaya murah rezeki..semoga berbahagia.

Dan ada juga yg mendoakan supaya cepat bertemu jodoh.

Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kwn2 semua.

Cuma hal jodoh itu..Aku masih mencari Puteri idaman hati yg bakal melekat disanubari.

Setakat ini..masih belum ada rezeki..tidak lagi ditemui.

Sebab bagi aku mudah..kalau boleh..biarlah perkahwinan ini cuma sekali dalam hidup.

Jadi perlulah mencari org yg paling tepat dan berkahwin pada masa yg paling tepat.

Jadi aku tak nak terburu-buru.

Ibubapa aku pon tak mendesak..huhu.Jadi apa yg nk digesa-gesakan.Betul tak?

Apa-apa pon..Tahun ini..Dapat aku rasakan birthday tahun ini adalah yg paling best.

Kwn2 dekat office best..kwn2 luar office pon best.

Happening giler..haha.

Anyway..Happy Birthday Kerol!!May Allah bless you always.InsyaALLAH.

Kepada family yg tersayang..terima kasih sebab curahkan kasih dan sayang yg tidak terhingga selama 26 tahun ini..terima kasih.byk2. Love you all so much!!



Selamat Datang 2011..Selamat Tinggal 2010!!




Bila berenjak lagi satu angka dipangkal hujung angka tahun..
Mknanya semakin tua lah kita..
Bagi aku..secara sedar atau tak sedar (sebenarnya sedar tp saja buat2 tak sedar..haha)..
Aku angka berusia 26thn pd tahun ini..mak ai tuanya aku..lg empat thn..msk angka 30..seram woo..

tp tak perlu tkt dgn peningkatan angka tersebut..
yg kita perlu tkt adalah apakah ada perubahan pada sikap,kejayaan,,pencapaian,amal dalam diri kita seiring dgn peningkata usia kita?ada?jwb2..
thn ini tidak boleh sama dgn thn lepas..at least mesti ada sedikit peningkatan..barulah ada hijrah dlm hidup..
bg aku..2010 bknlah suatu thn yg boleh sgt dibanggakan..kdg2 aku rasa aku byk buang masa dgn benda yg tidak berfaedah dlm thn 2010.,
dan 2011 aku harap segalanya berubah..aku mesti ada satu pencapaian yg boleh aku banggakan pd 2011.
tp 2010 bg aku..taklah semuanya buruk..ada terselit seribu kebaikan disebalik apa yg berlaku dlm 2010..
Aku byk belajar memperbaiki diri..menjadi insan yg lebih baik..
walaupun tidak byk perubahan..tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha utk menjadi Khairul Anuar Bin Mohd Rani yg lebih baik..
Biar org lain tak merasakan..tetapi aku dpt rasa..yg aku menjadi lebih baik disepanjang 2010.

Kepada sesiapa yg ada terguris hati dan perasaan..aku mohon maaf..aku dah cuba menjadi seorg anak..seorg abang dan seorg kwn yg baik kpd semua..
Jika aku tidak berjaya..aku akan perbaikinya dimasa hadapan.itu janji aku..

Kepada semua..Selamat Tahun Baru 2011..Semoga tahun ini menjanjikan seribu kejayaan..kebahagiaan..dan keseronokan kepada kalian semua..Amin..

2010..Terima kasih untuk segalanya..2011..Akan ku tempuh kamu dgn lebih byk usaha..tekad..dan doa..

Peace!!

21 March!!


Happy Birthday Kaerrow!!

Lama betul tak update blog..rindu plak..tp apakan daya dengan kerja yg menimbun2 di pejabat th..terpaksalah tangguhkan dulu hasrat nk update blog nh..

Dh lebih dua minggu 21 March berlalu..maka bermakna sudah dua minggu lah juga aku memegang usia 25 tahun..Dah tua ka ek??tak eh..muda lagi..haha..

Dalam usia 25 thn nh..tak dinafikan sudah byk kesilapan yg aku lakukan..dlm seminggu nh juga aku rasa aku betul2 ingin berubah..ada beberapa sikap aku yg kurang baik..mmg aku akan ubah secara total..aku benar2 ingin berubah sekarang..aku ingin berubah kerana seorang sahabat..sahabat yg aku anggap sahabat yg terbaik yg pernah aku jumpa..hanya sahabat aku itu yg akan tahu siapakah gerangan yg aku mksdkan itu..

Berbalik kepada 21 March..Terima kasih kpd family yg celebrate birthday aku tahun nu secara meriah..Tak dilupa kepada kwn2 yg belanja mkn dan juga kek harijadi yg cantik dan sedap..

Kepada yg memberi hadiah..thanks a lot..aku sgt suka hati menerima hadiah..tak sangka akan dpt hadiah..aku dpt jam tangan dan pen parker berukir nama aku..best giler!!hehe..


Terima kasih semua..jgn lupa lg beri lagi pada 21 March yg akan dtg..Hehe..


Kisah Ikan Emas




Ikan emas tinggal didalam satu akuarium yg amat cantik..tp dia berasa sgt sunyi..Mujurlah ada air yg sentiasa menemani dan menjadi sahabat rapatnya didlm akuarium tersebut..Satu hari Ikan emas berkata kepada air..Air, walaupun kita sentiasa bersama tetapi apabila aku kesedihan..engkau tidak mungkin akan dapat melihat air mataku sampai bila-bila ( sebab apa??fikir-fikirkan)..Seketika kemudian,,air menjawab..Memang benar aku tidak akan dapat melihat air matamu sampai bila-bila..Tetapi aku dapat merasakan air matamu kerana kamu berada didalam hati aku..


Sebagai manusia,,kita tidak seperti ikan emas yg sentiasa berada didalam air..tetapi kisah kita sama seperti kisah mereka..Kita adalah ikan emas..manakala keluarga,sahabat,saudara dan yg lain-lain adalah mereka yg menemani kita..Mereka adalah air dan tanpa mereka kita pasti akan mati..Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa mereka menangis kerana kesedihan kita..dan merekalah insan yg paling gembira melihat kejayaan kita..

Tetapi sudah adat dunia..manusia mudah lupa..Orang yang paling dekat dan menyayangi kita itulah yg selalu kita pinggir-pinggirkan..Dek hanya kerana mereka baik dan syg kepada kita..Kita mengambil mudah tentang mereka..Seolah-olah mereka tidak mempunyai hati dan perasaan..Padahalnya merekalah insan yg mengambil tahu tentang kita..Hargailah mereka..sebelum mereka pergi meninggalkan kita dan tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai kita..Mungkin hari ini kita ego kepada mereka..esk lusa pasti kita memerlukan mereka..tetapi adakah kita sudah terlambat??Tepuk dada tanya hati kita..Tepuk kepala tanya minda kita..

Bak kata pepatah..Nak capai bintang dilangit..Berlian ditangan menjadi tidak berharga..

Renung-renungkanlah cerita ini dan apa kata anda??

MPDJ vs MPDL berterusan??





"Ok..mlm nh semua exco MPDJ trn post mortem..majlis perkahwinan X-YDP Lembaran dah grand..X-YDP Jaya mana boleh kalah.."

Haha,,itulah antara ungkapan kwn-kwn semalam yg seronok mengusik..hai sahabat-sahabat..hehe..Itulah kalau ucop dah dekat hotel..aku kena sewa PWTC la plak..Haha..

Dikesempatan ini..aku nk ucapkan sekali lg "Selamat Pengantin Baru" kepada Ucop dan Hanisah..Aku doakan agar korang akan berbahagian hingga keakhir hayat.Kepada Ucop,,majlis kamu semalam memang grand..segak dan bergaya..berapa byk la kamu berhabis ek??hehe..kepada Hanisah..maaf tak dapat datang semalam..tp aku sentiasa doakan yg terbaik buat kamu..

Kalau tanya aku..bila plak giliran aku??aku mampu tersenyum ajalah buat masa ini..masih belum ada apa2 perancangan pn lg kearah itu..tak terfikir pn lg..Kalau dulu ada ckp2 nk kawen pon..Itu hanyalah gurauan semata-mata..Hati ini masih mencari-cari siapakah Sang Ratu yg bakal bertahta dihati..lgpon nk kawin nh kena fikir panjang-panjang..bukan sekadar duit yg perlu difikirkan bahkan kena tanya diri samada dh bersedia utk memegang tanggungjawab ke belum..Bila dh kawen..besar tanggungjawabnya..Mgkn rakan-rakan yg lain sudah bersedia..tp bg aku..byk lg yg perlu aku pelajari..

Kepada kwn2 yg lain..nk kawen jgn lupa beritahu ek..Aku pasti akan cuba hadir ke hari bahagia korang semua..dan aku pon..klu dh sampai masa aku nnt..aku pasti akan hebahkan kpd semua..Hehe..Gatal gila aku..

Sampai Berjumpa Lagi..Senyum Selalu..

Selamat Datang 1431H





Pejam celik..pejam celik..kita dah msk ke tahun baru 1431H..Bagi 1430H yg baru melabuhkan tirai..kita jdkan panduan..mana yg baik kita cuba kekalkan dan mana yg buruk kita jdkan pengajaran.

1431H mungkin akan membawa satu dimensi baru kpd kebanyakan kita..Mgkn ada antara kita akan memasuki satu fasa baru kehidupan seperti berumah tangga..kepada kwn2 yg akan mendirikan rumah tangga dlm tahun baru ini..Moga bahagia keanak cucu hendaknya..Perkahwinan bkn suatu yg mudah kerana ia menuntut kesabaran yg amat tinggi.Kpd yg hntr kad-kad jemputan kahwin th..terima kasih diucapkan sbb igt juga korang dekat aku..

Kepada rakan-rakan yg lain,,mari kita doakan semoga 1431H ini akan membawa kebahagian dan kejayaan yg besar kpd kita tidak kira dlm apa jua perkara sekalipun.Hidup ini terlalu singkat untuk kita berduka cita..Jd bergembiralah seadanya..

Yg paling penting..kpd semua sahabat aku rindu kepada korang semua..Aku doakan kita akan bersua lg pada thn ini.Amin!!

Tip Menjadi Pekerja Cemerlang..Kononnya..




1.Know your employer.
Decide if you are working for a company that has a motto or standard that you are comfortable with, and if the company goal is something you believe in. If you are working for an honorable establishment, then you will be treated with respect due to your position. If you are not happy after a time, begin to discreetly seek work elsewhere. The best time to find a new job is when you already have one and are not desperate.

2.Behave professionally. This is a business, not a playground. People talk, and workers know the difference between a person who is fun to work with and a person who is always fooling around. Fun means a good personality, a joke or two, and a smile. Fooling around is wasting your time and that of others, being frequently off-task, and often being seen standing in the workspace of others instead of in your own.

3.Learn to take criticism gracefully. It will provide you with valuable ideas about what people expect from you, any weak areas, and what you need to work on first. If a boss or coworker criticizes you in a way that hurts or angers you, wait until you cool/calm down and ask them if you can talk with them. Tell them how you felt, but tell them that you would like to fix the issue and want them to talk with you about what needs to be changed.

4.Learn to do your job, and do it well. Whether it's menial and tedious, or tough and high-paying, learn how to do the job, regardless of how difficult you think it might be. Salary is most commonly based upon years of experience, tenure with the company, and your educational background. If you don't know how to do something, go find out; don't make excuses for why you didn't do it.

5.Cultivate good relationships with the gatekeepers.Secretaries, custodians, bookkeepers, and cafeteria workers are all very important people in your organization;they are the experts in their departments. Treat those workers with courtesy, respect, and kindness because they hold more power than you realize, and your reputation with them matters. Do not hang out with other employees who mistreat, disrespect, or talk down to them. Speak to them in the same fashion you would another coworker--asking them, making polite requests, and not demanding or ordering about.

6.When you get the opportunity to learn a new skill, receive training for a different activity, or take a study course paid for by your employer--do it! Cross-training, new skill sets, and further education show that you are intelligent and value life-long learning. If push comes to shove, and people are let go, you stand a better chance of being retained than those who can only do one thing.

7.Keep a clean job history. Do a good job, show up on time, keep a good attendance history. When you find out someone has been let go, you often find out later that there were underlying circumstances that led to their dismissal--including frequent absences, missed deadlines, reprimands for unprofessional behavior, or too many customer complaints.

9.Ask your supervisor what the expectations for productivity are. This will immediately make you stand out from 95% of the other employees.

10.Never be on time. Always arrive early. Be at least 15 minutes early every day. That way, if you are running late, you will be on time. If you have to park far away, you will walk in and still not be late. If your client is early, you will be there to greet him or her, and not leave someone waiting for you - even if you arrive on time.(Mcm aku..Haha)

Selamat Mencuba!!Naik gaji belanja aku mkn..hehe..

Kenangan November...



Lama tak update blog..sudah lama NOVEMBER meninggalkan aku..bila dimbas aku kena akui yg november byk meninggal kesan yg manis dalam hidup..hehe..

Tapi yg paling tidak dapat dilupakan sudah semestinya Penang Bridge International Marathon 2009.Sebab apa??sebab aku habiskan larian sejauh 21km itu dlm masanya..huhu..kalau tgkkan diri cam tadak harapan ja..tp dgn sokongan kwn2 terutamanya housemate aku maka berjaya juga aku abiskan..

Terima kasih kpd P*** bkn nama sebenar ..haha..sbb asyik menyaiko aku sehingga aku berjaya tp dia juga rr yg ajar aku supaya percaya kpd diri sendiri..Itulah erti sahabat..hehe..Tp memang ada benarnya..bila kita percaya kepada diri sendiri..kita pasti akan berjaya..AKU TERNYATA SANGAT HAPPY DAN BERBANGGA DGN DIRI SENDIRI..haha..

Tips Untuk Memikat a.k.a Membodek Bos


Orang kata kalau tak pandai nk bodek bos..maka sampai bila2 pon kita tak akan naik pangkat atau gaji la.Adatlah dunia sekarang..bodek-membodek nh dah cam jadi satu kemestian untuk menjamin peluang kita untuk berjaya dalam kerjaya.Berikut adalah antara cara membodek yang disarankan oleh kaerrow@saya..dan peratus keberkesanannya??Hehe..tak tahu..

1)Apabila bos masuk office..lemparkan senyuman..beri salam kalau bos itu beragama islam atau ucapkan selamat pagi..kalau yg beragama lain.Tambah sket lg..ungkapkan "Bos nmpk hansome hari nh atau bos nmpk cantik hari ini (bergantung pd jantina rr)".hehe.

2)Kalau ada yang lebih rajin..cuba tanya bos th.."Bos nk kopi?".boleh saya bancuhkan..Konfirm esk naik gaji.Kahkah.

3)Apabila dalam office..Buat-buat rajin..tak kiralah..ada kerja ka atau tadak kerja ka..Cnthnya..buat ja macam kita sibuk menaip sesuatu pada komputer walaupun padahal kita sibuk melayan rakan-rakan dekat yahoo massenger.Hehe..Kena biar bos selalu beri perspektif baik pada kita beb.reputasi itu penting.Haha.

4) Kalau waktu blk th..selalu biarkan kita melewati siket waktu balik.Contohnya balik lewak 10 minit ka..Barulah bos kata..rajin budak nh.

5)Apabila bos kita datang ke meja kita untuk menceritakan sesuatu..Tunjukkan minat yg sepenuhnya walapun sebenarnya dalam hati kita rasa cam nk tutup ja mulut bos th sebab keboringan tahap yg melampau.

6)Semasa nk keluar lunch..biasakan diri bertanya pd bos kita "bos tak keluar mkn?".Ini akan menunjukkan yg kita seolah-olah mengambil berat pasal bos kita.Satu lg..manalah tahu kot2 dia ajak kita mkn dgn dia..dia belanja..jimat duit kita tengahari th.Haha.

7)Jika bos membawa anaknya yg masih kecil kedalam office.Cakaplah "Comelnya anak bos..Patutla ikut rupa ayah dia".Pasti kembang ja bos kita th.Padahal nya..hanya Tuhan saja yg tahu.

8)Pada hari raya..jemputlah bos kita datang kerumah dan sajilah dengan makanan-makanan yg sedap-sedap.Lepas raya..Bonus 3 bulan.haha.

Ini adalah antara suggestion tentang langkah-langkah membodek hati bos.Cubalah try.Hehe.

Walaubagaimanapon, langkah yg terbaik untuk membodek bos ialah..kerjalah dengan seikhlasnya..InsyaAllah..kalau niat kita baik..pasti rezeki kita akan dipermudahkan dan diberkati.Amin.

Apa kata anda??

See Ya!!

The Blues Terus Mengganas


Awal pagi tadi giliran Manchester United menjadi mangsa The Blues.Dengan kemenangan keatas Manchester United semalam, The Blues terus mengukuhkan kedudukan selesa sebagai pendahulu liga.

Kini hanya tinggal perhitungan dengan Arsenal sahaja lagi untuk melengkapkan kemenangan bersih The Blues keatas pasukan "Big Four".Setelah Liverpool dan Manchester United diratah mudah oleh Chelsea, kita tunggu apa akan jadi apabila Chelsea bertemu dengan Arsenal nanti.Perhitungan ini pasti akan menjanjikan suatu perlawanan yang menarik kerana Arsenal juga dilihat sebagai satu pasukan yang amat menyerlah pada musim kali ini.

Apa-apa pun tahniah kepada The Blues dan semua penyokong-penyokong Chelsea diluar sana..Terus sokongan anda kepada pasukan anda ini.Chelsea kembali sebagai juara liga pada kali ini.

p/s: Hati terluka dengan pencapaian pasukan Kedah pada musim ini.Apa-apa pon..Hijau Kuning..sokongan kami pada kamu sepanjang hayat.

Sekolahku Faymes Hari Ini..


Lepas balik keja td, buka komputer kejap.Sambil baca-baca akhbar online tuh..terbuka satu page yang ada gambar sekolah lama.Walaupun tajuknya tak berapa nk best "Guru Saman Pengetua" tp teringat lah jugak nostalgia lama dekat sekolah.Hehe.


Ini sekolah saya sewaktu ditingkatan 3 dan 4.Sekolah Menengah Seri Mahkota Kuantan Pahang.Sekolah ini berhadapan dengan Kem Batu 10 Kuantan, Pahang.Masih teringat lg kenangan diwaktu sekolah dulu.Hai rindu pulak pada kawan-kawan.Kebanyakan student sekolah ini adalah anak-anak tentera.


Diam tak diam, dah hampir 8 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.Dah tua..memang dah tua..cuma perangai ja yg masih kebudak-budakan..huhu..Mulai hari ini, aku nekad untuk berubah..berubah kepada perngai yang sebaya dengan usia ku.huhu..


Kedah FC


Setelah mengalami kekalahan dua kali berturut-turut didalam usaha Kedah untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali ketiga..Kedah nampaknya masih bernyawa setelah memperolehi kemenangan pertama dengan menewaskan ATM malam semalam.


Kemenangan ini sebenarnya sangat diperlukan oleh pasukan setelah diambang penyingkiran dari saingan Piala Malaysia.


Tp adakah belum terlambat bagi Kedah? Ayuh semua rakyat Kedah..teruskan misi kita untuk mengekalkan piala Malaysia buat kali ke-tiga berturut-turut.Sokongan kita sepanjang zaman.

Hari Raya Datang Lagi!!!



Assalamualaikum Semua...

Salam Perkenalan..

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini, kini tiba pula Syawal yang mulia.Sempena Syawal ini, saya coretkan post yang pertama untuk blog saya.Kadang-kadang tak percaya lak..Aku dah blajar tulis blog..Hahaha..

Bila bercakap mengenai Syawal. Pasti ramai yang gembira.Anak-anak diperantauan semua pulang ke kampung. Lagu-lagu raya pula silih berganti di corong-corong radio.Ahh..syoknya raya..
Tapi sebagai insan, kita tidak seharusnya melupakan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Diluar sana masih ramai lagi insan yang mungkin nasib mereka tyidak sebaik kita.Tiada baju baru..tiada kuih-muih raya yang lazat, tiada perhiasan rumah baru dan bayak lagi benda-benda baru yang mereka tiada.Jadi, sebagai insan..seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian dari ILLAHI.

Kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, jika ada tersalah atau terkasar bahasa..dengan rendah diri saya ingin memohon kemaafan dari semua.Mungkin secara tidak sedar..saya ada menyakitkan hati dan perasaan sesiapa..Justeru itu, saya ingin memohon maaf seikhlasnya.

Selamat Hari Raya Semua.


Jumpa Lagi.


Ikhlas.


Kaerrow.