Tribute To Hazzar Johari


Lama betul tak menulis..Bukan tadak idea..Tapi macam malas nak menaip.
Kali nih aku nk tulis sikit pasal housemate aku yg sorang nih.
Bila tengok pada tajuk entry ni..bukannya maksud housemate aku nih dah meninggal..
Dia cuma akan “meninggalkan” rumah kami dalam erti kata lain berpindah..haha..
So..Aku nk tulis siket la pasal dia..
Hazzar..Dia nih budak Johor..Dulu belajar dekat UMS dan sekarang kerja dekat Intel Kulim.
Dalam kiraan aku rasanya dah 2 tahun lebih dia tinggal dgn aku..
Pendiam dan suka buat kerja sendiri..Sebab tu dulu masa awal2 kami tak sekepala dgn dia..
Nampak cam tak bergaul dengan orang ja..Tapi tuh dulu lah..Sekarang dia dah ok..Jgn marah Hazzar..Hehe..
Dia ni gila bola..Kalau buka tv ja..Mesti terus ke Channel Bola..Mmg hidup dgn bola.
Dan dia peminat fanatic Manchester United. Seronok kalau sakat dia pasal Manchester United nih.
Kenangan paling best pasal bola nih dgn dia..Sudah tentu semasa sukan SEA baru2 ini.
Kami berdua ja tgk bola tu dekat rumah waktu tu..Bila Malaysia menang..Bersorak sakan kami..tp memang best..haha..
Biasalah kan..setiap manusia ada kebaikan dan keburukannya..Aku tak mau cerita keburukan dia..Sebab kecik ja hal..Aku nk cerita pasal kebaikan ja..
Ada beberapa perkara yg aku respect giler dekat mamat nih.
Satu nya ialah dia nih kadang2 tu agak berkira lah siket..hehe..Ada buat aku hangat siket lah dekat situ..Tp yg aku respectnya..Dia nih org yg boleh dibuat bincang..Kalau ada isu..Dia akan pergi dekat aku..dan bincang..Dia akan beritahu aku dari A sampai Z sbb apa dia boleh atau tak boleh buat sesuatu..Jadi hati aku akan jadi sejuk balik sebab  sekurang2 nya dia ada jugak pergi dekat aku dan cakap baik2..So aku pn boleh faham keadaan dia..sbb aku nih pon bukan lah orang yg berkira sgt..kalau org boleh bercakap baik2 dgn aku..InsyaALLAH aku akan faham punya..
Keduanya yg aku respect pasal dia nih..Sebab dia nih housemate yg prihatin..Dulu masa aku masuk hospital..Dialah housemate aku yg mula2 tanya sebab apa aku masuk hospital?sakit apa?hospital mana aku masuk? Dan dia jugak lah yg volunteer nak hantar pakaian aku dekat hospital.Dan sudah pastinya dia sorang sajalah yg melawat aku dekat hospital..Ermm(Aku akan ingat sampai bila2).
Satu lagi yang aku suka ialah dia nih pembersih..Tgk tandas kami sudahlah..Bersih..Kami gilir2 cuci..Kadang2 nk guna tandas pun sayang sbb bersih sgt..haha..
Dia jugak seorang yg amat menjagat solat..Dia lah org nya yang mengejut aku bangun sembahyang subuh pagi2 walaupon kadang aku tidur semula..haha..
Dia keluar rumah ni pon sebab dia dah kawen..Dia pernah cakap dekat aku..Kalau tak kerana dia dah kawen..dia tak akan keluar rumah tu..

Hazzar..Kita mungkin tak lah rapat sangat..tp kita dah jadi kwn baik..Terima kasih sebab tinggal dgn aku selama lebih kurang 3 tahun nih..Minta halal makan minum..Maaf kalau ada tekasar atau tersalah bahasa..Aku doakan hg berjaya dunia dan akhirat. Semoga cepat2 dikurniakan anak..Dan berbahagia keanak cucu..

Peristiwa Bukit Kepong



Tatkala pemikiran bertuankan kepentingan peribadi, setiap manusia sanggup memutar sejarah seolah-olah ianya mainan jenaka.

Begitulah yg terjadi apabila seseorang yg berkepentingan sanggup memutarkan sejarah negara sendiri dek hanya kerana mahu pengikutnya terpengaruh dengan sejarah rekaannya sendiri.Tetapi yg lebin memalukan pengikut-pengikut pula seperti turut bergembira memperselokan sejarah negara sendiri sedangkan mereka bukan calang-calang orangnya, semuanya terdiri daripada mereka yg bijak pandai.

Mengenai peristiwa Bukit Kepong, ia adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Dan wajarkah seseorang yang tidak mengangkat senjata pada ketika itu sewenang-wenangnya mengatakan bukan mereka yg terkorban itu adalah wira sebaliknya pengganas-pengganas komunis itu pula dianggap wira. Apakah dia tidak hiraukan perasaan ahli-ahli keluarga mereka yg terkorban didalam kejadian tersebut? Jika yg terkorban itu adalah ahli keluarganya sendiri, apa perasaannya?

Dan kenyataan ini ternyata mengarut,

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Ingatlah saudara, walau apa pun latar belakang fahaman politik kita, itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Tetapi jangan sesekali kita mempersendakan hal-hal yg berkaitan negara kita sendiri. Cuma negara ini lah sahaja yang kita ada untuk kita wariskan kepada anak cucu kita.Inilah tanah air kita.Bawa-bawalah berfikir.

Selamat Hari Raya




Di kesempatan ini saya nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih meriah dan gembira.

Aidilfitri bukan sahaja masa yg sesuai untuk kita berkunjung mengunjungi tetapi juga merupakan masa yg sesuai untuk bermaaf-maafan. Jika ada perselisihan faham mungkin ini adalah masa yg paling sesuai untuk semua melupakan segala sengketa dan memulakan perhubungan yg baru.Mungkin ada kesilapan yg sukar untuk kita lupakan tetapi sepatutnya diatas dasar sesama saudara Islam mungkin elok jika kita bermaaf-maafan.Sedangkan nabi juga amputkan umatnya apatah lagi kita insan biasa.

Bagi Aidilfitri tahun ini tetap meriah walaupon gaji masuk selepas raya (nasib baik adik pon dah berkerja..hehe).Sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat sekampung semuanya datang melawat..Bayangkan pada hari raya kedua 10 bungkus laksa, 15 bungkus mee dan 7 dulang nasi impit habis licin dijamu kepada tetamu..Mungkin agak penat tetapi semuanya terbayar dengan gelak ketawa dan usik gurauan semua yg hadir..Erm best betul.

Apa-apa pon..sekali lagi Selamat Hari Raya Ailfitri kepada semua dan jika ada masa jemputlah datang kerumah jika ada measa dan kepalapangan..Raya kita kan sebulan.hehe.

Sampai berjumpa lagi!!


















Wayang 2 : Kongsi




Filem : Kongsi

Tarikh tayangan : 12 May 2011


Ulasan: Erm..apa yang pasti..akan ramai yang kecewa dengan filem ini.Sudah pasti ramai diantara

kita yg meletakkan harapan yg tinggi untuk filem ini. Melihat kepada trailer filem ini, pasti

ramai yg teruja untuk menonton filem ini dipawagam.Tetapi secara keseluruhannya filem

ini amat-amat mengecewakan. Memang tidak dinafikan filem ini pasti akan dapat mengaut

kutipan tiket yg membanggakan cuma pasti ramai diantara penonton yang akan berasa

tertipu.

Jalan cerita filem ini amat longgar dari satu plot ke satu plot yang lain.Walaupun filem ini

bertemakan genre aksi komedi tetapi cuma ada beberapa babak sahaja yg benar-benar

mampu membuatkan penonton ketawa.Selebihnya adalah cuma akasi-aksi bosan yang

boleh membuatkan penonton menggaru kepala.

Walaubagaimanapun, filem ini masih dapt diselamatkan oleh lakonan mantap oleh

beberapa teraju utama filem ini.Lakonan Shaheizy Sam sebagai Tumulak amat berkesan.

Ternyata Sam benar-benar seorang pelakon yang berkaliber dan tidak dinafikan juga

antara faktor utama yg menggalakkan penonton ke pawagam adalah kerana Sam.

Seorang pelakon yang melakonkan watak dengan berkesan adalah Ezad.Wataknya sebagai

Mikail begitu menjadi. Bagi watak-watak lain, lakonan mereka cuma ditahap sederhana

sahaja.

Secara keseluruhannya, filem ini agak mengecewakan dari jalan ceritanya. Sungguh rugi

buat sang pengarah kerana dari trailer nya filem ini sudahpun mampu membuatkan

ramai penonton untuk ke pawagam.Bagaimanapun selepas menonton filem ini, pasti

ramai yg akan berasa kecewa. Dan sudah pasti jika ada sequelnya yg kedua, pasti jumlah

penontonnya tidak akan seramai filem yg pertama ini.

Bagi rakan-rakan saya yang lain yang telah menonton filem ini, mereka juga bersependapat

dengan saya.


Tapi ini cuma pendapat saya sahaja.Anda-anda semua yg diluar sana saya tidak tahu akan

pendapat anda.Mungkin ada bersetuju dengan saya atau mungkin ada tidak bersetuju

dengan saya.


Rating : 3/5

Wayang 1 : Momok Jangan Panggil Aku



Filem : Momok Jangan Panggil Aku

Pelakon : M.Jamil,Cassandra Patrick,Ariff S.Shamsudin,Zarina Zainudin


Sinopsis : Filem ini menggunakan konsep cerita didalam cerita. Filem ini bermula dengan 3 sahabat

yang ingin ke satu majlis dirumah sahabat mereka di Pahang.

Dari Kuala Lumpur mereka menggunakan Lebuhraya Karak dan disinilah semuanya

bermula.Lebuhraya Karak yang terkenal dengan pelbagai cerita hantu seperti

Volkswagon kuning, kanak-kanak yang ditinggalkan dan berbagai lagi.Setelah

mengalami beberapa perkara pelik disepanjang perjalanan, mereka bertukar-tukar

pula cerita dan pengalaman masing-masing berhubung hantu.


Komen : Kebanyakan gaya lakonan pelakon-pelakon didalam filem ini sangat kaku. Walaupun

jalan cerita agak menarik tetapi gaya lakonan yang kaku ini membuatkan filem ini sangat

lemah dan sangat bosan!!

Oleh kerana aku menonton filem ini seorang diri..maka tak dapatlah nk tanya pendapat org lain.

Dilain edisi, aku akan selitkan juga komen mereka yg menemani aku.


Peratus : 3/10

Inikah Kegembiraan??


Kali ini kita bercakap secara ilmiah sedikit.

Dunia digemparkan dengan berita kematian Osama Bin Laden.

Ramai yang bergembira..katanya pengganas dunia telah tiada lagi.

Setelah berlakunya peristiwa 11 September.

Osama diangkat sebagai pengganas no 1 dunia.

Amerika Syarikat dengan bangganya bergembira dengan kematian Osama Bin Laden.

Hinggakan Presiden Obama (nama pn hampir sama..huhu) hampir pasti mengekalkan kerusi presidennya dek kerana kematian Obama ini.

Presiden Obama dikatakan wira sejati Amerika..


Sambil menggaru kepala..Aku terfikir..adakah benar dia seorang wira?

Bagi Amerika..mungkin..tp bg kita rakyat Islam??

Erm..sudah berapa ramai rakyat Islam menjadi mangsa kerakusan tentera Amerika??

Yang armadanya diketuai oleh barisan-barisan presidennya..

Yang terbaru..Libya menjadi mangsa..Hanya kerana mahu menyerang presidennya..

Ahli keluarga dan rakyat jelata menjadi mangsa..

Apakah ini seorang wira??

Sedangkan mereka juga sama malah pengganas yang lebih teruk lagi..

Sudah banyak rentetan-rentetan peristiwa yang menghancurkan negara-negara Islam..

Semua dek kerana Amerika yang mahu menjadi wira..

Hancur negara..hancur ketamadunan..hancur pemodenan..

Dek kerana mereka..Inikah wira yang mereka agung-agungkan?

Mereka bergembira tatkala Osama dibunuh..

Tetapi mereka lupa..penjenayah dunia yang utama..

Masih tersenyum ketawa diluar sana..

21 Mac..Tarikh keramat..26 tahun angka meyeramkan.





Erm..sekali lagi 21 Mac tiba dalam kalendar tahunan.

Arghh.meningkat lagi setahun umur ini.

Semakin tua..dan semakin tua.

Tp entah kenapa..aku rasa sangat gembira.menyambut birthday pd tahun ini.

Byk kwn2 yg wish..belanja mkn..bg kad..Alhamdulillah

..

Rupa2 nya aku masih punya byk kwn yg menyokong dan igt pd diri ini.

Kepada semua kwn2..tak tergambar betapa gembira nya hati ini.

Sekadar satu perkara yg boleh dilafaz..

Terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih..terima kasih.

Dan Terima kasih lagi.

I love you all so much!!

Byk yg wish supaya benda-benda yang baik berlaku pada diri aku.

Supaya panjang umur..supaya murah rezeki..semoga berbahagia.

Dan ada juga yg mendoakan supaya cepat bertemu jodoh.

Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kwn2 semua.

Cuma hal jodoh itu..Aku masih mencari Puteri idaman hati yg bakal melekat disanubari.

Setakat ini..masih belum ada rezeki..tidak lagi ditemui.

Sebab bagi aku mudah..kalau boleh..biarlah perkahwinan ini cuma sekali dalam hidup.

Jadi perlulah mencari org yg paling tepat dan berkahwin pada masa yg paling tepat.

Jadi aku tak nak terburu-buru.

Ibubapa aku pon tak mendesak..huhu.Jadi apa yg nk digesa-gesakan.Betul tak?

Apa-apa pon..Tahun ini..Dapat aku rasakan birthday tahun ini adalah yg paling best.

Kwn2 dekat office best..kwn2 luar office pon best.

Happening giler..haha.

Anyway..Happy Birthday Kerol!!May Allah bless you always.InsyaALLAH.

Kepada family yg tersayang..terima kasih sebab curahkan kasih dan sayang yg tidak terhingga selama 26 tahun ini..terima kasih.byk2. Love you all so much!!