Tips Untuk Memikat a.k.a Membodek Bos


Orang kata kalau tak pandai nk bodek bos..maka sampai bila2 pon kita tak akan naik pangkat atau gaji la.Adatlah dunia sekarang..bodek-membodek nh dah cam jadi satu kemestian untuk menjamin peluang kita untuk berjaya dalam kerjaya.Berikut adalah antara cara membodek yang disarankan oleh kaerrow@saya..dan peratus keberkesanannya??Hehe..tak tahu..

1)Apabila bos masuk office..lemparkan senyuman..beri salam kalau bos itu beragama islam atau ucapkan selamat pagi..kalau yg beragama lain.Tambah sket lg..ungkapkan "Bos nmpk hansome hari nh atau bos nmpk cantik hari ini (bergantung pd jantina rr)".hehe.

2)Kalau ada yang lebih rajin..cuba tanya bos th.."Bos nk kopi?".boleh saya bancuhkan..Konfirm esk naik gaji.Kahkah.

3)Apabila dalam office..Buat-buat rajin..tak kiralah..ada kerja ka atau tadak kerja ka..Cnthnya..buat ja macam kita sibuk menaip sesuatu pada komputer walaupun padahal kita sibuk melayan rakan-rakan dekat yahoo massenger.Hehe..Kena biar bos selalu beri perspektif baik pada kita beb.reputasi itu penting.Haha.

4) Kalau waktu blk th..selalu biarkan kita melewati siket waktu balik.Contohnya balik lewak 10 minit ka..Barulah bos kata..rajin budak nh.

5)Apabila bos kita datang ke meja kita untuk menceritakan sesuatu..Tunjukkan minat yg sepenuhnya walapun sebenarnya dalam hati kita rasa cam nk tutup ja mulut bos th sebab keboringan tahap yg melampau.

6)Semasa nk keluar lunch..biasakan diri bertanya pd bos kita "bos tak keluar mkn?".Ini akan menunjukkan yg kita seolah-olah mengambil berat pasal bos kita.Satu lg..manalah tahu kot2 dia ajak kita mkn dgn dia..dia belanja..jimat duit kita tengahari th.Haha.

7)Jika bos membawa anaknya yg masih kecil kedalam office.Cakaplah "Comelnya anak bos..Patutla ikut rupa ayah dia".Pasti kembang ja bos kita th.Padahal nya..hanya Tuhan saja yg tahu.

8)Pada hari raya..jemputlah bos kita datang kerumah dan sajilah dengan makanan-makanan yg sedap-sedap.Lepas raya..Bonus 3 bulan.haha.

Ini adalah antara suggestion tentang langkah-langkah membodek hati bos.Cubalah try.Hehe.

Walaubagaimanapon, langkah yg terbaik untuk membodek bos ialah..kerjalah dengan seikhlasnya..InsyaAllah..kalau niat kita baik..pasti rezeki kita akan dipermudahkan dan diberkati.Amin.

Apa kata anda??

See Ya!!

The Blues Terus Mengganas


Awal pagi tadi giliran Manchester United menjadi mangsa The Blues.Dengan kemenangan keatas Manchester United semalam, The Blues terus mengukuhkan kedudukan selesa sebagai pendahulu liga.

Kini hanya tinggal perhitungan dengan Arsenal sahaja lagi untuk melengkapkan kemenangan bersih The Blues keatas pasukan "Big Four".Setelah Liverpool dan Manchester United diratah mudah oleh Chelsea, kita tunggu apa akan jadi apabila Chelsea bertemu dengan Arsenal nanti.Perhitungan ini pasti akan menjanjikan suatu perlawanan yang menarik kerana Arsenal juga dilihat sebagai satu pasukan yang amat menyerlah pada musim kali ini.

Apa-apa pun tahniah kepada The Blues dan semua penyokong-penyokong Chelsea diluar sana..Terus sokongan anda kepada pasukan anda ini.Chelsea kembali sebagai juara liga pada kali ini.

p/s: Hati terluka dengan pencapaian pasukan Kedah pada musim ini.Apa-apa pon..Hijau Kuning..sokongan kami pada kamu sepanjang hayat.